LATAR BELAKANG


SEJARAH KELAS PEND. KHAS SMK SULTAN YUSSUF


2005

Ditubuhkan pada Januari 2005.Bekas bangunan SYS yang terbakar telah dibaik pulih untuk dijadikan 2 kelas Pendidikan Khas.Seramai 2 orang guru dan 11 orang pelajar dari sekitar Batu Gajah.Di awal penubuhan tiada sebarang kelengkapan seperti meja.kerusi.bahan-bahan P&P dan sebagainya.Kernudahan tandas juga tidak disediakan dan pelajar terpaksa menggunakan tandas pelajar aliran perdana yang terletak agak jauh dari bangunan Kelas Pendidikan Khas. 

2006

Pembinaan tandas dan laluan kerusi roda dibina dari kelas ke tandas yang terletak di hujung bangunan pejabat.bilangan pelajar juga bertambah iaitu seramai 18 orang dan 4 orang guru.Kelengkapan kelas juga semakin bertambah dan aktiviti P&P dapat dijalankan dengan lebih sempurna.

2007
Bilangan pelajar bertambah menjadi 24 orang dan guru seramai 6 orang. Bangunan baru telah dibina berhadapan dengan pejabat (2 kelas dan 2tandas). Kelengkapan kelas juga semakin lengkap.Seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) telah dihantar.Kawasan kebun juga telah diwujudkan di belakang tandas kelas Pendidikan Khas.

2008

Pertambahan murid Kelas Pendidikan Khas seramai 36 orang dan guru seramai 8 orang serta PPM seramai 3 orang.

2009

Bilangan murid semakin bertambah seramai 44 orang dan guru 10 orang serta PPM 3 orang.Kelengkapan kelas semakin banyak dan P&P dapat dijalankan dengan lebih lancar.

2010

Bilangan murid telah bertambah menjadi 49 orang dan guru 14 orang manakala PPM 4 orang. Selain itu juga, kelengkapan semakin banyak dan terdapat penambahbaikan P&P menjadikannya lebih bersistematik. 

Standing In The Eyes Of The World