Saturday, September 25, 2010

INFO DISLEKSIA

MENGENALI KANAK-KANAK DISLEKSIA

Perkataan disleksia adalah berasal daripada gabungan dua perkataan Greek iaitu “dys” yang bermaksud kesukaran dan “lexia” yang bermaksud perkataan. Secara literalnya, disleksia bermaksud , “kesukaran dalam berbahasa” (Ott, 1997). Kanak-kanak disleksia bukan sahaja mengalami masalah dalam pembacaan, tetapi ejaan, penulisan serta beberapa aspek bahasa yang lain. Selain itu, disleksia diakui bukan sahaja menjejaskan ingatan dan konsentrasi seorang kanak-kanak bahkan juga kemahiran pengurusan diri dan kadang kala turut mempengaruhi kebolehan matematik. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia juga mempunyai definisinya tersendiri untuk murid disleksia iaitu murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis.

Kanak-kanak ini boleh dikenalpasti melalui pemerhatian dan kanak-kanak ini cenderung kearah perkara berikut:-

Am

Suka berkhayal dalam kelas

Sukar memberi penumpuan yang lama

Suka matapelajaran sains

Bacaan

Bacaan yang lemah

Sebutan yang tidak betul

Lemah dalam kefahaman

Tertinggal perkatan bila membaca atau menambahkan perkataan

Gagal untuk memahami apa yang dibaca

Tulisan

Lambat menyalin

Penat bila banyak menyalin. Kesilapan ejaan yang banyak bila menyalin.

Kerja menulis lemah berbanding dengan lisannya

Keliru dengan huruf seakan-akan b/d,p/g, p/g/q

Tulisan tidak mengikut garisan

Nombor

Keliru dengan nombor

Sifir yang lemah

Susah mengingati perkara yang berturutan seperti hari,bulan, tahun,abc dan sebagainya

Masa

Susah dalam memberitahu masa

Tidak pandai mengawal masa

Susah untuk mengingati tarikh lahir dan tarikh-tarikh penting

Kanak-kanak ini boleh berjaya dan mampu cemerlang dengan bimbingan dan sokongan yang sewajarnya. Berikut adalah beberapa tokoh terkenal yang diketahui mengidap disleksia.

Leornado Da Vinci- pelukis, pengukir,saintis, jurutera,arkitek pada zamannya.

Thomas Edison – sains elektrik, mencipta lampu

Pablo Picasso – pelukis terkenal

Richard Brandson – pengasas dan pengerusi syarikat Virgin Group di London

Ahmad Fitri Isahak – pengarah di sebuah syarikat konsultan antarabangsa yang beribu pejabat di Kuala Lumpur

Di kelas Pendidikan Khas, SMK Sultan Yussuf kami mempunyai 2 orang murid yang mempunyai ciri-ciri disleksia.

No comments:

Post a Comment

Standing In The Eyes Of The World