Saturday, September 25, 2010

HARI LADANG DAERAH KINTA

Pada 7 April 2010 (Rabu), Pendidikan Khas SMK Sultan Yussuf telah menyertai Hari Ladang Kinta 2010, Batu Gajah yang bertemakan: "Baik untuk Alam, Baik untuk Anda, Baik untuk Semua" iaitu berfokus kepada peladangan organik. Hari Ladang ini telah disempurnakan oleh YB Nolee Ashilin, ADUN Tualang Sekah. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pegawai Daerah Kinta, Dato' Razali Othman.

Seramai 49 orang murid dan 14 orang guru bersama 4 orang pembantu pengurusan murid turut serta dalam program yang dijalankan selama hari ini. Pihak Jabatan Pertanian telah memberi peluang kepada Pendidikan Khas SMK Sultan Yussuf untuk sama-sama mengikuti program ini. Program ini telah memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai pertanian dan perniagaan. Di antara hasil yang telah dipasarkan adalah baja organik, cendawan, kuah rojak, kerepek, barangan kraftangan dan sebagainya. Di samping itu pihak kami juga turut mengadakan pameran hasil kerja murid pendidikan khas.

Harapan pihak pendidikan khas SMK Sultan Yussuf agar pihak kami dapat melibatkan diri lagi dengan aktiviti-aktiviti sebegini. Hal ini bukan saja memberi pendedahan kepada murid-murid malah menjalinkan hubungan dengan masyarakat sekitar.



No comments:

Post a Comment

Standing In The Eyes Of The World