Saturday, September 25, 2010

TERAPI BOWLING @ GREENTOWN MALL


Pada 24 April 2010, murid-murid Pendidikan Khas SMK Sultan Yussuf telah menjalankan aktivitibowling di Ipoh Parade. Aktiviti ini telah disertai oleh 22 orang murid Pendidikan Khas serta 6 orang guru. Aktiviti begini dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar murid-murid pendidikan khas.

Latihan Dalam Perkhidmatan - 'Screenng Tools For The Children Of The Special Needs'


Pada 3.4.2010 seramai 13 orang guru dan seorang Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas telah menghadiri kursus di SMK Sentosa Kampar. Kursus tersebut adalah bertujuan mendedahkan masalah-masalah seksual dan cara-cara mengatasinya di kalangan murid Pendidikan Khas. Penceramahnya adalah Dr Faridah Bt. Abu Bakar, Pegawai Kesihatan Keluarga dari Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

LAWATAN KE ZOO TAIPING



Program lawatan sambil belajar merupakan satu program yang dibentuk untuk memberi peluang pendidikan yang seimbang kepada semua pelajar berkemampuan dan pendidikan khas. Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah telah mengadakan program lawatan sambil belajar ke Zoo Taiping pada 31 Mac 2010. Seramai 47 orang murid telah mengikuti program lawatan ini. Manakala 18 orang guru termasuk pembantu pengurusan murid (PPM) juga turut serta. Program ini telah memberikan banyak pengalaman baru dan pengetahuan tentang alam sekitar dan alam binatang kepada murid-murid. Aktiviti seperti ini juga diadakan untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan terhadap diri mereka pada masa akan datang.




INFO DISLEKSIA

MENGENALI KANAK-KANAK DISLEKSIA

Perkataan disleksia adalah berasal daripada gabungan dua perkataan Greek iaitu “dys” yang bermaksud kesukaran dan “lexia” yang bermaksud perkataan. Secara literalnya, disleksia bermaksud , “kesukaran dalam berbahasa” (Ott, 1997). Kanak-kanak disleksia bukan sahaja mengalami masalah dalam pembacaan, tetapi ejaan, penulisan serta beberapa aspek bahasa yang lain. Selain itu, disleksia diakui bukan sahaja menjejaskan ingatan dan konsentrasi seorang kanak-kanak bahkan juga kemahiran pengurusan diri dan kadang kala turut mempengaruhi kebolehan matematik. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia juga mempunyai definisinya tersendiri untuk murid disleksia iaitu murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis.

Kanak-kanak ini boleh dikenalpasti melalui pemerhatian dan kanak-kanak ini cenderung kearah perkara berikut:-

Am

Suka berkhayal dalam kelas

Sukar memberi penumpuan yang lama

Suka matapelajaran sains

Bacaan

Bacaan yang lemah

Sebutan yang tidak betul

Lemah dalam kefahaman

Tertinggal perkatan bila membaca atau menambahkan perkataan

Gagal untuk memahami apa yang dibaca

Tulisan

Lambat menyalin

Penat bila banyak menyalin. Kesilapan ejaan yang banyak bila menyalin.

Kerja menulis lemah berbanding dengan lisannya

Keliru dengan huruf seakan-akan b/d,p/g, p/g/q

Tulisan tidak mengikut garisan

Nombor

Keliru dengan nombor

Sifir yang lemah

Susah mengingati perkara yang berturutan seperti hari,bulan, tahun,abc dan sebagainya

Masa

Susah dalam memberitahu masa

Tidak pandai mengawal masa

Susah untuk mengingati tarikh lahir dan tarikh-tarikh penting

Kanak-kanak ini boleh berjaya dan mampu cemerlang dengan bimbingan dan sokongan yang sewajarnya. Berikut adalah beberapa tokoh terkenal yang diketahui mengidap disleksia.

Leornado Da Vinci- pelukis, pengukir,saintis, jurutera,arkitek pada zamannya.

Thomas Edison – sains elektrik, mencipta lampu

Pablo Picasso – pelukis terkenal

Richard Brandson – pengasas dan pengerusi syarikat Virgin Group di London

Ahmad Fitri Isahak – pengarah di sebuah syarikat konsultan antarabangsa yang beribu pejabat di Kuala Lumpur

Di kelas Pendidikan Khas, SMK Sultan Yussuf kami mempunyai 2 orang murid yang mempunyai ciri-ciri disleksia.

HARI LADANG DAERAH KINTA

Pada 7 April 2010 (Rabu), Pendidikan Khas SMK Sultan Yussuf telah menyertai Hari Ladang Kinta 2010, Batu Gajah yang bertemakan: "Baik untuk Alam, Baik untuk Anda, Baik untuk Semua" iaitu berfokus kepada peladangan organik. Hari Ladang ini telah disempurnakan oleh YB Nolee Ashilin, ADUN Tualang Sekah. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pegawai Daerah Kinta, Dato' Razali Othman.

Seramai 49 orang murid dan 14 orang guru bersama 4 orang pembantu pengurusan murid turut serta dalam program yang dijalankan selama hari ini. Pihak Jabatan Pertanian telah memberi peluang kepada Pendidikan Khas SMK Sultan Yussuf untuk sama-sama mengikuti program ini. Program ini telah memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai pertanian dan perniagaan. Di antara hasil yang telah dipasarkan adalah baja organik, cendawan, kuah rojak, kerepek, barangan kraftangan dan sebagainya. Di samping itu pihak kami juga turut mengadakan pameran hasil kerja murid pendidikan khas.

Harapan pihak pendidikan khas SMK Sultan Yussuf agar pihak kami dapat melibatkan diri lagi dengan aktiviti-aktiviti sebegini. Hal ini bukan saja memberi pendedahan kepada murid-murid malah menjalinkan hubungan dengan masyarakat sekitar.



MAJLIS PENYERAHAN KOMPUTER DAN PELANCARAN BLOG PEND. KHAS SMK SULTAN YUSSUF

Pada 13 Mei 2010, SMK Sultan Yussuf khususnya program pendidikan khas telah menerima sumbangan komputer sebanyak 5 buah oleh BAIDURI Perak. BAIDURI Perak iaitu Badan Amal Dan Usaha Isteri Negeri Perak ialah satu badan amal yang aktif dalam menyumbangkan khidmat bakti kepada golongan masyarakat terutamanya golongan yang memerlukan.

Majlis Penyerahan Komputer yang berlangsung di Dewan Sultan Yussuf telah disempurnakan oleh Y.A Bhg. Datin Seri Saripah Binti Zulkifli iaitu Yang Di Pertua BAIDURI dan telah di hadiri oleh ramai tetamu kehormat dan pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Perak. Di harap, sumbangan komputer tersebut dapat membuka minda semua murid terutamanya murid pendidikan khas betapa pentingnya penggunaan ICT di zaman serba mencabar ini serta dapat memanfaatkan penggunaan ICT sebaiknya di sekolah. Di dalam majlis tersebut, Datin Seri Saripah telah merasmikan laman Blog Pendidikan Khas S.M.K Sultan Yussuf


.





BULETIN PEND. KHAS EDISI KE-2

Tuesday, May 4, 2010

LATIHAN NASYID


Latihan nasyid dijalankan dari hari Isnin hingga hari Khamis pada setiap minggu. Latihan nasyid ini dibawah kelolaan Pn Zuraidah, Pn Halimahtun dan En Fareed. Ahli pasukan nasyid ini terdiri daripada 12 orang dan mereka dilatih untuk mengalunkan dua buah lagu.





Standing In The Eyes Of The World