Tuesday, May 4, 2010

TEMURAMAH BERSAMA IBU BAPA MURID



Pada 15 Februari 2010 yang lalu, Cikgu Zainoriza Zainun telah mengadakan temuramah dengan bapa Nur Firdaus iaitu A. Rahim bin Jiden. Nur Firdaus merupakan murid baru kelas integrasi Pendidikan Khas SMK Sultan Yussuf. Dia dilahirkan pada 6 Februari 1996. Menurut pakar perubatan Firdaus mengalami kerencatan akal sederhana.

Hasil temuramah mendapati Firdaus seorang murid yang mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan. Menurut bapanya Firdaus boleh menyuap makanan dan mengenakan pakaian sendiri. Walaupun begitu dia masih memerlukan pengawasan . Dari segi kemahiran tandas pula pengawasan daripada orang dewasa diperlukan. Manakala dari segi pertuturan boleh bertutur sepatah-patah dan percakapannya boleh difahami. Firdaus boleh bersikap ganas seperti mencakar dan mencengkam hingga luka atau hiperaktif dari segi kelakuan .

Dapatan temuramah juga mendapati tingkah laku hiperaktif Firdaus boleh mengundang kemalangan dan gangguan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar kelas. Hal ini dipersetujui oleh guru-guru yang mengajar Firdaus. Bapa Firdaus menyatakan guru perlu bersifat tegas semasa mengajar Firdaus. Selain itu bapa Firdaus berkata Firdaus hanya dapat memberi tumpuan yang singkat terhadap sebarang aktiviti. Menurut guru-guru yang mengajar Firdaus dia hanya dapat memberi tumpuan tidak sampai 5 minit semasa sesi pembelajaran.

Kesimpulannya Firdaus memerlukan satu jangka masa yang tertentu untuk membuat sesuatu perubahan yang positif. Modifikasi tingkah laku khusus perlu dijalankan terhadap Firdaus agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar. Komitmen dan sokongan yang berterusan daripada guru dan ibu bapa diperlukan agar berlaku perubahan positif khususnya terhadap tingkah laku Firdaus.

No comments:

Post a Comment

Standing In The Eyes Of The World