Latihan nasyid dijalankan dari hari Isnin hingga hari Khamis pada setiap minggu. Latihan nasyid ini dibawah kelolaan Pn Zuraidah, Pn Halimahtun dan En Fareed. Ahli pasukan nasyid ini terdiri daripada 12 orang dan mereka dilatih untuk mengalunkan dua buah lagu.
Tuesday, May 4, 2010
LATIHAN NASYID
TEMURAMAH BERSAMA IBU BAPA MURID
Pada 15 Februari 2010 yang lalu, Cikgu Zainoriza Zainun telah mengadakan temuramah dengan bapa Nur Firdaus iaitu A. Rahim bin Jiden. Nur Firdaus merupakan murid baru kelas integrasi Pendidikan Khas SMK Sultan Yussuf. Dia dilahirkan pada 6 Februari 1996. Menurut pakar perubatan Firdaus mengalami kerencatan akal sederhana.
Hasil temuramah mendapati Firdaus seorang murid yang mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan. Menurut bapanya Firdaus boleh menyuap makanan dan mengenakan pakaian sendiri. Walaupun begitu dia masih memerlukan pengawasan . Dari segi kemahiran tandas pula pengawasan daripada orang dewasa diperlukan. Manakala dari segi pertuturan boleh bertutur sepatah-patah dan percakapannya boleh difahami. Firdaus boleh bersikap ganas seperti mencakar dan mencengkam hingga luka atau hiperaktif dari segi kelakuan .
Dapatan temuramah juga mendapati tingkah laku hiperaktif Firdaus boleh mengundang kemalangan dan gangguan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar kelas. Hal ini dipersetujui oleh guru-guru yang mengajar Firdaus. Bapa Firdaus menyatakan guru perlu bersifat tegas semasa mengajar Firdaus. Selain itu bapa Firdaus berkata Firdaus hanya dapat memberi tumpuan yang singkat terhadap sebarang aktiviti. Menurut guru-guru yang mengajar Firdaus dia hanya dapat memberi tumpuan tidak sampai 5 minit semasa sesi pembelajaran.
Kesimpulannya Firdaus memerlukan satu jangka masa yang tertentu untuk membuat sesuatu perubahan yang positif. Modifikasi tingkah laku khusus perlu dijalankan terhadap Firdaus agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar. Komitmen dan sokongan yang berterusan daripada guru dan ibu bapa diperlukan agar berlaku perubahan positif khususnya terhadap tingkah laku Firdaus.
Monday, May 3, 2010
SOROTAN SEPANJANG KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2010
Pendidikan Khas telah menyertai acara 4x 100m jemputan dalam Kejohanan Sukan SMK Jalan Pasir Putih 2010. Quatet ini telah berjaya mendapat tempat ketiga.
KEJOHANAN SUKAN DI SMK SULTAN MUHAMMAD SHAH PARIT
Murid Pendidikan Khas turut memenuhi jemputan temasya sukan SMK Sultan Muhammad Shah kali ke-35 dalam acara 4 x 100m jemputan dan berjaya muncul sebagai Naib Johan dalam temasya tersebut.
TEMASYA KEJOHANAN SUKAN DI SMK SULTAN YUSSUF KALI KE-78
Dalam temasya sukan ini terdapat empat pasukan yang menyertai dalam acara 4 x 100 jemputanyang terdiri daripada pasukan dari SMK Sultan Yussuf, SMK Sultan Muhammad Shah Parit dan SMK Jalan Pasir Putih. Dalam temasya ini, SMKSMS mendapat tempat pertama manakala tempat kedua dan ketiga dari SMKSY dan tempat ke-empat dari SMKJPP. Tahniah diucapkan atas semangat kesukanan anda.
KAWAD KAKI SEMPENA PERBARISAN HARI SUKAN SEKOLAH
Latihan kawad kaki sempena perbarisan Hari Sukan dijalankan pada setiap hari Rabu bermula dari 20 Januari. Perbarisan ini disertai oleh 22 orang peserta dibawah bimbingan guru-guru pendidikan khas.
Pelbagai peristiwa yang melucukan berlaku sepanjang latihan ini dijalankan. Murid-murid Pendidikan Khas telah memberikan kerjasama yang terbaik. Mereka amat berminat kerana ini merupakan penyertaan kali pertama dalam perbarisan Hari Sukan sekolah.
GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT SEKOLAH
Gotong-royong Perdana peringkat sekolah diadakan pada 16 Januari pada hari Sabtu. Gotong-royong ini bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Aktiviti gotong-royong dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu membersihkan kebun dan menyiapkan mural tandas Pendidikan Khas. Aktiviti membersihkan kebun disertai oleh beberapa orang ibu bapa murid. Di sini ,pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang turut membantu dalam aktiviti gotong-royong ini.
MAJLIS PERPISAHAN
MENJAHIT
MENCUCI KERETA
Sunday, May 2, 2010
BERKEBUN
MEMASAK
KRAFTANGAN
Manakala satu lagi kumpulan di bawah kelolaan Puan Ainun dan Pn Hasliza.
Antara kraf yang dihasilkan adalah hiasan pewangi yang berasaskan pot puri , sabun dan tuala hiasan yang dijual dengan harga RM1,00, RM1.80 dan RM2.00 setiap satu.
PRAVOKASIONAL
Aktiviti pravokasional yang dijalankan adalah membuat hiasan peti ais bermagnet. Aktiviti diselia di bawah dua orang guru iaitu Sarkunawathy dan Hawati . Hiasan ini diperbuat daripada bancuhan tepung dan dibakar dalam tempoh yang tertentu. Aktiviti ini dapat menjana kreativiti murid dan guru dalam menghasilkan hiasan peti ais ini..